Khamis, 29 Ogos 2013

Asalamualaikum.

Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal  perlahan lahan menginsot  pergi .
Selamat Hari Raya Eidul Fitri untuk semua khususnya warga Permai.  Dalam suasana perang dan keadaan yang tidak menentu di Mesir dan Asia barat ,dengan angin Arab spring. Alhamdulilah , kita di Malaysia dilimpah kan aman dan makmur sejahtera.
Moga berkekalan hendaknya. Amin.

Sudah menjadi sebahagian budaya kita mengadakan rumah terbuka dengan bermacam macam juadah .Dan yang pastinya ia bertujuan menyambung dan megeratkan  silaturahim sesama kita.

Persatuan penduduk Apartment Permai juga tidak ketinggalan  Dikesempatan ini kami ingin menjemput semua warga Permai dan kejiranan untuk betamu di sini pada 1 september 2013.sempena "Malam Gema Aidilfitri kali ke-8. "


Bermacam aktiviti telah di rancang olih pihak persatuan bagi memeriahkan majlis raya kali ini. Antara nya Anugerah Pot lock popular, pertunjukkan silap mata , nasyid anak permai, pakaian beragam islamik dan banyak lagi .

Kita juga mengalu alukan jika ada pihak pihak yang bermurah hati  ingin memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini . Mereka bolih menghubungi Pengerusi ,En Mazlan Jamaluddin ,En zamzuri, En Faris atau mana ajk PPRO.

Tidak lupa juga selamat  Hari kemerdekaan yang ke 56 tahun.



Sekian salam muhibbah dari saya.

Ahmad Faris Idrus
Setiausha P-PRO








Ahad, 5 Februari 2012

Assalamualikum dan salam satu permai

 Semalam , 4 hb. febuary, 2012. telah berlangsung nya mesyuarat agung Joint Management Body Permai kali ke 4.

Alhamdulilah . antara agenda yang penting dalam mesyuarat kali ini adalah pembubaran AJK yang sediaada kerana tempoh pengurusan yang dibenarkan dalam satu satu masa adalah tiga tahun. dan pemilihan AJK baru.

Pemilihan semalam walaupun kehadiran  penduduk Permai amat mendukacitakan namun ianya berlangsung dengan perasaan muhibbah dan suasana mesra.

Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut.
Pengerusi JMB : En. Azri bin  Deraman
Setiausaha          :En Mazlan bin Jamaluddin.
Bendahari           :En Engku sukri bin mohd hakim.

Manakala barisan 9 Ajk yang lain akan dilantik secara dalaman . Ini adalah untuk menentu sahkan hanya ahli yang benar benar  layak dan bolih bekerjasama saja akan dijemput untuk menjawat jawatan yang diamanahkan dan sekali gus menolak ahli tangkap muat saja yang bolih mengakibatkan kepincangan dimasa depan.

Tahniah buat yang dilantik.  Harapan besar kami semoga hubungan dan pengurusan baru meneruskan wawasan pentadbiran dulu dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat penduduk.

Sekian Terima kasih.

Ahmad Faris Idrus.
Setiausha P-PRO

Jumaat, 9 Disember 2011

Program sepanjang bulan disember 2011.

Alhamdulilah

Sempena cuti sekolah akhir tahun ini pihak P-PRO akan menganjurkan tiga program komuniti . Berikut adalah butiranya.

1- Berkhatan beramai ramai akan diadakan pada 10 hb disember 2011.
Sehingga kini seramai 9 kanak kanak permai telah mendaftar untuk sesi berkhatan ini. Aturcara telah dan ada yang telah  disiapkan untuk kanak kanak ini akan bermula jam 9.00 pagi sabtu ini  .  Segala persiapan seperti pentas , bilik bedah, bunga mangga dan pulut kuning  dan pasukan 'Bomba' semuanya telah tersedia.
Untuk kanak kanak ini tahniah . Selamat menjadi Pemuda harapan bangsa.

2-Gotong-Royong kali ke 5. akan diadakan pada 31 hb dis. 2011.
Sejak akhir akhir ini banyak kes demam dengue di apartment permai dan yang terbaru salah seorang dari AJK kita dimasukkan Wad kecemasan Universiti Malaya akibat wabak najis tikus.  Mujur dapat diselamatkan.
Jesteru itu tindakan gotong royong kali ini tepat pada masanya dan akan mengambil kira di semua tempat dan semua tingkat terutama lubang lubang yang dikhuatiri sarang tikus yang dijumpai akan diambil tindakan !. . Adalah menjadi harapan kami agar semua penduduk permai bersatu hati dan mengambil bahagian  dalam menangani isu kebersihan ini .
Namun Kebersihan sebenar adalah bermula dari diri kita sendiri.

3-Sumbangan peralatan sekolah untuk kanak kanak Permai.
Insyallah jika diizinkan Nya . Pihak P-PRO ingin sekali lagi menyumbang peralatan sekolah untuk kanak kanak pada anak anak ahli P-PRO yang layak  . Program kali ini akan mengfokuskan pada kanak kanak bawah 12 tahun. Cadangan nya adalah pada malam 31 hb dis. 2011 senonin dengan malam tahun baru. Jika ada pertukaran tarikh pihak P-PRO akan dimaklmkan kemudian.

Jumpa anda disana.

Ir. Ahmad Faris Hj Idrus

Jumaat, 30 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Malam Gema Aidil Fitri kali ke 6 di Apartment Permai amat meriah dengan aturcara yang padat dan antara yang hadir menyerikan Majlis tersebut adalah Isteri kepada Penaung Persatuan Penduduk Apt Permai, Datuk Hj. Affendi bin Datuk Hj. Hamdan ialah Datin Aida serta keluarga.

 Majlis bertambah berseri lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen bukit lanjan , Yang Berhormat Elizebeth Wong serta En Kharil serta rkeluarga , Ahli Majis Petaling Jaya.

     Kemuncak acara majlis Gema Aidilfitri kali ini adalah pertunjukkan silap mata olih Uncle Mas atau pak cik Masdar .Dianggarkan hampir 200 tetamu yang menghadiri majlis tersebut berpuas hati dan terhibur dengan acara acara yang disajikan.

Dengan konsep gotong royong semua juadah masakan adalah hasil kerjasama semua Ajk P-PRO dan penduduk di ketuai olih ketua Biro kerian , Tuan Syed Hairuddin dan isteri serta pembantu khas Pn Rodziah atau pangilan manja'" Mak Tam."

Semoga pencapaian dan konsep gotong royong ini dapat mengeratkan silaturahim serta ukuhuwah antara semua penduduk dan kawasan sekitar dapat diteruskan pada tahun tahun mendatang.

Syabas dan Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. 

Berikut adalah sebahagian gambar kenangan .








Akhir kata nantikan video klip Silap Mata Uncle Mas .




Sabtu, 6 Ogos 2011

Jualan bubur lambok Permai datang lagi

Asalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kepada semua warga permai dan kawasan kejiranan berdekatan . Jangan lupa dapatkan BUBUR LAMBOK PERMAI pada hari sabtu ini bersamaan dengan 6 hb ogos 2011.


                      

Hasil jualan ini akan di dermakan kepada warga Emas , Ibu tunggal dan anak anak yatim. Jualan bermula jam 4.00 petang . Bagi yang tidak berkesempatan bolih lah menempah dengan memberi butiran alamat dan kuantiti pada mana ahli ahli Persatuan penduduk dan ajk surau permai.

Marilah membeli sambil menyumbang bagi mereka yang memerlukan .Semoga ikhtiar kita diberkati  dan di Rahmati Allah s.w.t.

Isnin, 4 Julai 2011

MESYUARAT AGUNG P-PRO KALI KE 5

MEMO AGM P-PRO

Rujukan kami :P-PRO /julai 2011/bil (1)
Tarikh : 4 hb. Julai, 2011.

Kepada
Semua Ahli P-PRO
Apartment Permai
Petaling Jaya.

Tuan / Puan

PER: MESYUARAT TAHUNAN P-PRO 2011 KALI KE 5.
Adalah perkara di atas di rujuk.

Sukacita di maklumkan bahwa Persatuan Penduduk Apartment Permai ( P-PRO) , akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 5 yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh       : 11 hb. Julai , 2011
Tempat    : Dewan serbaguna Apartment Permai.
Masa        : Jam 8.00 Malam.


3. Sehubungan itu , kerjasama semua Ahli  P-PRO adalah dipohon agar dapat meluangkan masa untuk hadir pada majlis tersebut demi memantapkan lagi P-PRO.

4. Sebarang pertanyaan bolih lah berhubung terus dengan Pengerusi P-PRO , En Mazlan b. Jamaluddin di talian 010 788 0703 atau Naib Pengerusi P-PRO, En Zamzuri di talian 01 654 4634

Kerjasama pihak Tuan /Puan adalah amat dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian


Yang Benar.


………………………………
 Ahmad Faris Idrus
Setiausha P-PRO.

Sabtu, 28 Mei 2011

KARNIVAL SUKAN DAN RIADAH PERMAI 2011

Karnival Apt Permai datang lagi….Dengan tema “ Karnival sukan dan Riadah Permai 2011


Seperti yang tersurat persatuan penduduk Apt Permai ( PPRO) bangkit lagi dengan melancarkan mini karnival buat tahun yang ke dua berturut turut pada 28 dan 29 hb Mei 2011. Bertempat di perkarangan apartment Permai .
Banyak aturcara yang telah dirancang antaranya adalah : -
Mini Futsal 2 sebelah, Futsal bapa dan Anak,
Senamrobik, Jogathan, Wayang Pacak, Pertandingan Memasak , Mewarna,  Sukanneka funfair, Rumah Hantu, Fire Drill, Ceramah Keselamatan, Ceramah Perdana , Gerai Jualan dan pelbagai aktiviti lagi yang akan di sediakan menanti anda.


Jom heboh heboh kan diri anda kesana ...ke sana .....Apt Permai.

Sabtu, 2 April 2011

Temu janji kita 2, Aprill 2011 - Malam minggu di Surau AlInsaniah.

Asalamualaikum dan salam ukuhuwah.

Akan diadakan Ceramah bertajuk "Hidayah" yang akan disanpaikan olih  Ustaz Hj Aznil bin Mustaffa,  pendakwah bebas yang dijemput khas. Ceramah akan bermula selepas solat maghrib . Dengan ini kami mempelawa semua warga Permai dan sekitarnya untuk bersama sama menyerikan majlis ini.

Sekian  Terima Kasih.

Selasa, 29 Mac 2011

Program komuniti

Minggu lalu bertempat di hadapan Dewan Serbaguna Apt Permai berlangsung satu program  komuniti bersama rakyat . Telah diadakan Bengkel dan demonstrasi olih  7 para kartunis dan karyawan seni diketuai oleh kartunis Zunar.

Tontonilah video clip ini
Selain bengkel  lukisan untuk kanak kanak turut diadakan  pertandingan mewarna dan menlengkapkan lukisan untuk pelbagai peringkat umur telah diadakan  . Hampir 60 kanak kanak dari Apartment Permai telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang telah dianjurkan ini sempena cuti musim sekolah.
 Alhamdulilah majlis diserikan lagi dengan kehadiran DUN Bukit Lanjan, YB. Elizabeth Wong yang telah datang dan berbesar hati menyumbang dan menyampaikan hadiah kepada semua para pemenang.

Melihatkan  sambutan yang luarbiasa dari kanak kanak di sini , Kartunis Zunar telah menyarankan kepada kami agar memanjangkan usaha untuk mengadakan satu bengkel sehari , fokus kepada kanak kanak yang serius dalam mendalami ilmu seni disini .
Adalah menjadi harapan kami di Apartment Permai agar program program seperti ini di adakan  lagi untuk mengisi masa  sempena cuti sekolah pada sesi yang mendatang.

Sekian Terima Kasih dari kami warga kerja P-PRO

Rabu, 16 Mac 2011

Badan Pengurusan Apartment Permai

 Bermula 1 mac yang lalu , JMB Permai atau Badan Pengurusan Apartment Permai, telah secara rasminya mengambilalih pengurusan Apartment Permai dari Raine & Horne.

Walaupun agak sukar pada seketika untuk memahami pengurusan bangunan namun pihak Ajk JMB permai terpaksa tempuh jugak . Banyak keringat dan idea telah di bentang dan banyak tindakan telah diambil dan terdapat peralatan pejabat  yang terpaksa dibeli seperti Komputer, perabot pejabat dan sistem pengurusan bangunan yang baru sebab selama ini kita menggunakna sistem yang ada di syarikat R&H. . Pihak JMB jugak telah mengambil 2 orang petugas baru untuk melicinkan urusan pentadbiran dan seorang technician .

Bila di semak akaun terkini  yang tertunggak  adalah berjumlah Rm 210,000 sesuatu jumlah yang sepatutnya tidak berlaku. Bila di periksa secara teliti didapati terdapat segelintir  penduduk Apartment Permai mengambil sikap sambil lewa dalam melunaskan  Bil maitenance bulanan mereka.

 Ini menyebabkan pihak JMB tidak dapat membayar sejumlah pembayaran yang sepatutnya di bayar tepat pada setiap bulan kepada semua  kontraktor yang telah dilantik untuk menguruskan bangunan seperti pembersihan kawasan Apt Permai, Penyelenggaraan Lif dll.  Ini belum termasuk lagi kos membaik pulih masalah voltan yang kos nya menjangkau Rm 24000 .

Diharap semua penduduk yang mengalami masalah bil tertunggak melunaskan secepat mungkin sebelum pihak JMB mengambil tindakan yang drastik.Jangan nanti bila kemudahana telah dipotong baru nak merayu.!

Sekian Terima kasih

P-PRO