Jumaat, 30 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Malam Gema Aidil Fitri kali ke 6 di Apartment Permai amat meriah dengan aturcara yang padat dan antara yang hadir menyerikan Majlis tersebut adalah Isteri kepada Penaung Persatuan Penduduk Apt Permai, Datuk Hj. Affendi bin Datuk Hj. Hamdan ialah Datin Aida serta keluarga.

 Majlis bertambah berseri lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen bukit lanjan , Yang Berhormat Elizebeth Wong serta En Kharil serta rkeluarga , Ahli Majis Petaling Jaya.

     Kemuncak acara majlis Gema Aidilfitri kali ini adalah pertunjukkan silap mata olih Uncle Mas atau pak cik Masdar .Dianggarkan hampir 200 tetamu yang menghadiri majlis tersebut berpuas hati dan terhibur dengan acara acara yang disajikan.

Dengan konsep gotong royong semua juadah masakan adalah hasil kerjasama semua Ajk P-PRO dan penduduk di ketuai olih ketua Biro kerian , Tuan Syed Hairuddin dan isteri serta pembantu khas Pn Rodziah atau pangilan manja'" Mak Tam."

Semoga pencapaian dan konsep gotong royong ini dapat mengeratkan silaturahim serta ukuhuwah antara semua penduduk dan kawasan sekitar dapat diteruskan pada tahun tahun mendatang.

Syabas dan Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. 

Berikut adalah sebahagian gambar kenangan .








Akhir kata nantikan video klip Silap Mata Uncle Mas .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan