Assalamualikum dan salam satu permai
Semalam , 4 hb. febuary, 2012. telah berlangsung nya mesyuarat agung Joint Management Body Permai kali ke 4.
Alhamdulilah . antara agenda yang penting dalam mesyuarat kali ini adalah pembubaran AJK yang sediaada kerana tempoh pengurusan yang dibenarkan dalam satu satu masa adalah tiga tahun. dan pemilihan AJK baru.
Pemilihan semalam walaupun kehadiran penduduk Permai amat mendukacitakan namun ianya berlangsung dengan perasaan muhibbah dan suasana mesra.
Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut.
Pengerusi JMB : En. Azri bin Deraman
Setiausaha :En Mazlan bin Jamaluddin.
Bendahari :En Engku sukri bin mohd hakim.
Manakala barisan 9 Ajk yang lain akan dilantik secara dalaman . Ini adalah untuk menentu sahkan hanya ahli yang benar benar layak dan bolih bekerjasama saja akan dijemput untuk menjawat jawatan yang diamanahkan dan sekali gus menolak ahli tangkap muat saja yang bolih mengakibatkan kepincangan dimasa depan.
Tahniah buat yang dilantik. Harapan besar kami semoga hubungan dan pengurusan baru meneruskan wawasan pentadbiran dulu dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat penduduk.
Sekian Terima kasih.
Ahmad Faris Idrus.
Setiausha P-PRO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan