Khamis, 29 Ogos 2013

Asalamualaikum.

Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal  perlahan lahan menginsot  pergi .
Selamat Hari Raya Eidul Fitri untuk semua khususnya warga Permai.  Dalam suasana perang dan keadaan yang tidak menentu di Mesir dan Asia barat ,dengan angin Arab spring. Alhamdulilah , kita di Malaysia dilimpah kan aman dan makmur sejahtera.
Moga berkekalan hendaknya. Amin.

Sudah menjadi sebahagian budaya kita mengadakan rumah terbuka dengan bermacam macam juadah .Dan yang pastinya ia bertujuan menyambung dan megeratkan  silaturahim sesama kita.

Persatuan penduduk Apartment Permai juga tidak ketinggalan  Dikesempatan ini kami ingin menjemput semua warga Permai dan kejiranan untuk betamu di sini pada 1 september 2013.sempena "Malam Gema Aidilfitri kali ke-8. "


Bermacam aktiviti telah di rancang olih pihak persatuan bagi memeriahkan majlis raya kali ini. Antara nya Anugerah Pot lock popular, pertunjukkan silap mata , nasyid anak permai, pakaian beragam islamik dan banyak lagi .

Kita juga mengalu alukan jika ada pihak pihak yang bermurah hati  ingin memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini . Mereka bolih menghubungi Pengerusi ,En Mazlan Jamaluddin ,En zamzuri, En Faris atau mana ajk PPRO.

Tidak lupa juga selamat  Hari kemerdekaan yang ke 56 tahun.



Sekian salam muhibbah dari saya.

Ahmad Faris Idrus
Setiausha P-PRO








Tiada ulasan:

Catat Ulasan