Jumaat, 9 Disember 2011

Program sepanjang bulan disember 2011.

Alhamdulilah

Sempena cuti sekolah akhir tahun ini pihak P-PRO akan menganjurkan tiga program komuniti . Berikut adalah butiranya.

1- Berkhatan beramai ramai akan diadakan pada 10 hb disember 2011.
Sehingga kini seramai 9 kanak kanak permai telah mendaftar untuk sesi berkhatan ini. Aturcara telah dan ada yang telah  disiapkan untuk kanak kanak ini akan bermula jam 9.00 pagi sabtu ini  .  Segala persiapan seperti pentas , bilik bedah, bunga mangga dan pulut kuning  dan pasukan 'Bomba' semuanya telah tersedia.
Untuk kanak kanak ini tahniah . Selamat menjadi Pemuda harapan bangsa.

2-Gotong-Royong kali ke 5. akan diadakan pada 31 hb dis. 2011.
Sejak akhir akhir ini banyak kes demam dengue di apartment permai dan yang terbaru salah seorang dari AJK kita dimasukkan Wad kecemasan Universiti Malaya akibat wabak najis tikus.  Mujur dapat diselamatkan.
Jesteru itu tindakan gotong royong kali ini tepat pada masanya dan akan mengambil kira di semua tempat dan semua tingkat terutama lubang lubang yang dikhuatiri sarang tikus yang dijumpai akan diambil tindakan !. . Adalah menjadi harapan kami agar semua penduduk permai bersatu hati dan mengambil bahagian  dalam menangani isu kebersihan ini .
Namun Kebersihan sebenar adalah bermula dari diri kita sendiri.

3-Sumbangan peralatan sekolah untuk kanak kanak Permai.
Insyallah jika diizinkan Nya . Pihak P-PRO ingin sekali lagi menyumbang peralatan sekolah untuk kanak kanak pada anak anak ahli P-PRO yang layak  . Program kali ini akan mengfokuskan pada kanak kanak bawah 12 tahun. Cadangan nya adalah pada malam 31 hb dis. 2011 senonin dengan malam tahun baru. Jika ada pertukaran tarikh pihak P-PRO akan dimaklmkan kemudian.

Jumpa anda disana.

Ir. Ahmad Faris Hj Idrus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan