Rabu, 16 Mac 2011

Badan Pengurusan Apartment Permai

 Bermula 1 mac yang lalu , JMB Permai atau Badan Pengurusan Apartment Permai, telah secara rasminya mengambilalih pengurusan Apartment Permai dari Raine & Horne.

Walaupun agak sukar pada seketika untuk memahami pengurusan bangunan namun pihak Ajk JMB permai terpaksa tempuh jugak . Banyak keringat dan idea telah di bentang dan banyak tindakan telah diambil dan terdapat peralatan pejabat  yang terpaksa dibeli seperti Komputer, perabot pejabat dan sistem pengurusan bangunan yang baru sebab selama ini kita menggunakna sistem yang ada di syarikat R&H. . Pihak JMB jugak telah mengambil 2 orang petugas baru untuk melicinkan urusan pentadbiran dan seorang technician .

Bila di semak akaun terkini  yang tertunggak  adalah berjumlah Rm 210,000 sesuatu jumlah yang sepatutnya tidak berlaku. Bila di periksa secara teliti didapati terdapat segelintir  penduduk Apartment Permai mengambil sikap sambil lewa dalam melunaskan  Bil maitenance bulanan mereka.

 Ini menyebabkan pihak JMB tidak dapat membayar sejumlah pembayaran yang sepatutnya di bayar tepat pada setiap bulan kepada semua  kontraktor yang telah dilantik untuk menguruskan bangunan seperti pembersihan kawasan Apt Permai, Penyelenggaraan Lif dll.  Ini belum termasuk lagi kos membaik pulih masalah voltan yang kos nya menjangkau Rm 24000 .

Diharap semua penduduk yang mengalami masalah bil tertunggak melunaskan secepat mungkin sebelum pihak JMB mengambil tindakan yang drastik.Jangan nanti bila kemudahana telah dipotong baru nak merayu.!

Sekian Terima kasih

P-PRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan