Selasa, 29 Mac 2011

Program komuniti

Minggu lalu bertempat di hadapan Dewan Serbaguna Apt Permai berlangsung satu program  komuniti bersama rakyat . Telah diadakan Bengkel dan demonstrasi olih  7 para kartunis dan karyawan seni diketuai oleh kartunis Zunar.

Tontonilah video clip ini
Selain bengkel  lukisan untuk kanak kanak turut diadakan  pertandingan mewarna dan menlengkapkan lukisan untuk pelbagai peringkat umur telah diadakan  . Hampir 60 kanak kanak dari Apartment Permai telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang telah dianjurkan ini sempena cuti musim sekolah.
 Alhamdulilah majlis diserikan lagi dengan kehadiran DUN Bukit Lanjan, YB. Elizabeth Wong yang telah datang dan berbesar hati menyumbang dan menyampaikan hadiah kepada semua para pemenang.

Melihatkan  sambutan yang luarbiasa dari kanak kanak di sini , Kartunis Zunar telah menyarankan kepada kami agar memanjangkan usaha untuk mengadakan satu bengkel sehari , fokus kepada kanak kanak yang serius dalam mendalami ilmu seni disini .
Adalah menjadi harapan kami di Apartment Permai agar program program seperti ini di adakan  lagi untuk mengisi masa  sempena cuti sekolah pada sesi yang mendatang.

Sekian Terima Kasih dari kami warga kerja P-PRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan