Khamis, 20 Januari 2011

Kecurian lagi.......di Permai

 Rabu, 19 hb january, 2010.
 Selama tiga hari berturut turut dari 17 hb january  yang lalu ,hampir 6 buah rumah telah berjaya dipecah masuk oleh pencuri dan sejumlah barang berharga telah berjaya diambil..Dibawah ini dipaparkan kereta pencuri tersebut
Pencuri tersebut hampir berjaya ditangkap semalam , namun ketangkasan dan senjata  yang digunakan mungkinnya menyelamatkan si pencuri tersebut. Namun kesemua wajah suspek  tersebut telah dapat di rakam dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut 

Modus operandinya adalah di siang hari dan waktunya diantara jam 11:00 pagi sehingga 5:30 ptg .Olih yang demikian diharapkan barang sesiapa yang terserempak dengan kelibat pencuri ini diminta untuk menjerit atau menangkap mereka ini secara beramai ramai..

 Dari itu Pihak Surau akan menganjurkan Solat Sunat Hajat berjamaah pada hari khamis 20 hb, selepas solat isyak. Majlis akan bermula dengan solat maghrib di ikuti oleh bacaan surah Yassin. Semua anak kariah Permai dan sekitarnya di jemput hadir.
Bagi kesemua mangsa diharapkan dapat bersabar dan tabah. Percayalah setiap sesuatu yang berlaku sudah pastinya ada hikmah di sebaliknya.Insyallah.

7 ulasan:

  1. Semoga si pencuri dapat ditangkap secepat mungkin dan ketenteraman warga permai terjaga!

    BalasPadam
  2. letak la semua muka pencuri dalam ni.. mana tahu semua orang boleh mengecam dan mengenalpasti pencuri2 tu...

    BalasPadam
  3. Insyallah ,permintaan anda akan kami cuba usahakan ,buat masa ini kami dalam dilema samada nak tayang atau nak hold dulu kerana ada yg sedang menyiasat ada yak informer dalaman.

    BalasPadam
  4. semoga kita berjaya tangkap pencuri tersebut.. mmg menyusahkan semua org.. skang ni bini2 kat umah pon dah takut nak duduk umah..takkan laki2 nak duduk umah 24 jam.. nak gi cari makan juga..betul tak

    BalasPadam
  5. ye lah tu.. betul.. siapa agaknya informer2 tu ye? agak2 leh cam ke? kalau nombor kereta leh dapat.. senang nak detect.. tapi saya mcm pernah tgk kereta tu banyak kali keluar masuk kawasan rumah..

    BalasPadam
  6. Rakaman CCTV takleh membantu ker..??

    BalasPadam
  7. Dalam hal gini unity/kesatuan amat dititik beratkan sesuai konsep kejiranan yang menjadi amalan kita.Siapa jiran kita?Kadang-kadang kita tidak kenal satu sama lain,alangkah baiknya sekiranya bertegur sapa kerana jiranlah terlebih dahulu kita perlukan pertolongan bukan keluarga yang jauh.Kalau rasanya kita berlebihan sudi-sudikanlah menghulurkan sedikit juadah agar sama-sama merasa.Anggaplah kepada mangsa-mangsa pecah rumah tersebut sebagai jiran terdekat dan turut bersimpati di atas apa yang berlaku.Unity yang dimaksudkan ialah kesatuan kita bagaimana nak menghadapi situasi berulang,perlukah kita berpeluk tubuh menanti bencana menimpa.Tak sanggup!!! apa tunggu lagi ayuh!! Dayung di tangan,kita badaikan sampan walaupun arus deras di hadapan.Bak kata pepatah,air dicincang tak putus.Tak rela diri diperkotak katik penjenayah durjana,rela mati dari berputih mata.....

    BalasPadam